```Bila aku tak suka pada rasa makananku
aku teringat pada baginda Muhammad yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar```

```Bila aku merasa pakaian ku cuma sedikit
aku teringat pada baginda Muhammad yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya```

```Bila aku merasa tidak nyaman akan tempat pembaringan ku
aku teringat pada baginda Muhammad yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya```

```Apabila aku menjadi begitu pelit untuk memberi dan berbagi dengan orang lain ..
aku teringat pada baginda Muhammad yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya```

```Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku, aku teringat pada baginda
Muhammad yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku```

```Bila aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku, aku teringat pada baginda
Muhammad yang sentiasa memaafkan siapa saja yg berbuat jahat padanya```

```Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku, aku teringat pada baginda
Muhammad yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghina nya

```Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka, aku teringat pada baginda
Muhammad yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT

```Bila aku merasa tiada yang menyayangi aku, aku teringat pada baginda
Muhammad yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu``

```Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
aku teringat pada Baginda Muhammad yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai dan itu bagai energi positif yang menguatkan aku !```